Gambaran Aardonyx

Aardonyx berbanding saiz manusia

Genus ini dikenali dari tulang yang disartikulat milih dua individual yang tidak matang. Bahan ini terdiri daripada unsur tengkorak, vertebra, rusuk dorsal dan servik, gastralium, sevron, unsur-unsur girdel pektoral dan pelvik, dan tulang kaki hadapan dan kaki belakang, manus dan pes. Kewujudan tulang ini dalam himpunan tunggal yang padat dalam saluran setempat menunjukkan bahawa ia datang dari bangkai yang agak lengkap.[4] Kedua-dua individu dianggap kurang dari 10 tahun pada masa kematian mereka kerana kekurangan garisan rehat persisian padai sampel tulang korteks. Bukti tambahan bagi ketidak matangan pada masa kematian termasuk rawan berkalsifikasi pada penghujung artikular belikat ("skapula").[1]