Abby Abadi
Abby Abadi

Abby Abadi

Arbaiyah binti Abdul Manan atau lebih dikenali sebagai Abby Abadi (lahir 1 Disember 1977 bersamaan 20 Zulhijjah 1397) merupakan salah seorang daripada anggota penyanyi Elite. Beliau turut merupakan seorang anggota asal Elite yang pertama mengundurkan dirinya daripada kumpulan tersebut pada akhir 1997. Beliau pernah menjadi pengacara Roda Impian bersama Halim Othman selama dua musim. Beliau berlakon sebagai Inspektor Aleza dalam drama bersiri Gerak Khas yang disiarkan di RTM - TV2.

Abby Abadi

Tahun aktif 1995–kini
Warganegara Malaysia
Terkenal kerana Kumpulan ELITE
Inspektor Aleeza - Gerak Khas
Pasangan Norman Hakim (k. 2002; c. 2008)
Muhammad Noor Farhan (2013; dibatalkan)
Muhammad Faizal Zakari (2015-kini)
Pekerjaan Pelakon, penyanyi, pengacara
Kelahiran Arbaiyah binti Abdul Manan
(1977-12-01) 1 Disember 1977 (umur 42)
Kuala Lumpur, Malaysia