Abby_Fana

Habsah Omar ataupun lebih dikenali sebagai Abby Fana (lahir 22 Ogos 1966)[1] adalah seorang penyampai radio dan pengacara televisyen Malaysia. Beliau telah banyak kali dicalonkan untuk Pengacara Radio Wanita Popular (ABPBH) namun tidak pernah memenanginya. Beliau merupakan pengacara yang paling senior dalam rancangan Malaysia Hari Ini yang merupakan rancangan bual bicara yang sangat popular di TV3. Penampilan beliau dalam rancangan ini sering mendapat komen-komen positif daripada penonton. Selain itu, beliau juga merupakan seorang deejay di Sinar FM.[2] Keletahnya yang bersahaja semasa bertugas di Sinar FM sering dinantikan oleh peminat-peminatnya.[3]Beliau mempunyai dua anak lelaki dari perkahwinan terdahulu.[4]