Malaysia_Hari_Ini
Malaysia_Hari_Ini

Malaysia_Hari_Ini

Malaysia Hari Ini (MHI) merupakan sebuah rancangan bual bicara pagi yang disiarkan di TV3, sejak 3 Januari 1994. Mulai 5 Mac 2018, ia bersiaran setiap Isnin hingga Khamis dan slot pagi Jumaat diisi oleh rancangan bual bicara terbaru TV3, Borak Kopitiam.[1]Bermula seawal pukul 7.00 pagi, ia membincangkan mengenai pelbagai topik menarik seperti hal ehwal semasa, kesihatan, hal keluarga serta hiburan. Para penonton juga boleh berinteraksi dengan para pengacara melalui talian bebas.[2] Mulai 31 Disember 2018, Malaysia Hari Ini bersiaran jam 8:00 pagi selama 1 jam setengah.

Malaysia_Hari_Ini

Bahasa Melayu
Negara asal Malaysia
Penerbit eksekutif Mohd Said Abdullah Thani amn, pmc
Penerbit Irin Putri Azmi
Nurul Fariha Onn
Pemasangan kamera 1080i (HDTV)
Syarikat penerbitan Primeworks Studios
Pengacara Ahmad Fedtri Yahya
Ally Iskandar Mohd Mardzi
Anim Ezati Rizki Mohd Xalis
Hanif Miswan
Nurul Fariha Onn
Sofea Nursolehha Tun
Lokasi Studio Sri Pentas
Tempoh siaran 2 jam (3 Januari 1994-30 Disember 2018)
1 jam 30 minit (31 Disember 2018-kini)
Siaran asal 3 Januari 1994 – kini
Genre Bual bicara
Saluran asal TV3
Dibangunkan oleh TV3