Ahmad_Fedtri_Yahya

Ahmad Fedtri bin Yahya (lahir 2 Ogos 1981) merupakan seorang pengacara dan personaliti televisyen Malaysia. Beliau juga merupakan personaliti TV3 dan salah seorang pengacara Malaysia Hari Ini. Beliau juga pernah berlakon dalam filem Dunia Baru The Movie sebagai pelakon kameo. Antara program lain yang pernah dihoskan beliau ialah Dari Masjid Ke Masjid, Madrasah, Scoreboard, Kafe Aktif, Keluarga Bijak Everyday, Khurafat, Sebalik Malam, Jejak Rasul dan pelbagai lagi.[1]Beliau juga aktif sebagai penulis lirik. Banyak menulis lirik lagu nama-nama besar seperti Noraniza Idris, Nora Ariffin, Dato' Sri Siti Nurhaliza dan ramai lagi. Antara pencapaian:Beliau ialah lulusan Sarjana Muda Komunikasi (Filem & Penyiaran) dengan minor Pengajian Islam di Universiti Sains Malaysia (USM). Beliau menerima Anugerah Pingat Emas Naib Canselor USM ketika istiadat Konvokesyen USM 2003. Beliau juga aktif menjadi pengacara pelbagai majlis dan menulis buku bertajuk 'Haruman Puisi Cinta' dan 'Pantun Penyeri Pengantin'. Beliau juga aktif menulis dalam majalah seperti Remaja, Gen-Q dan Tunas Cipta. Beliau ialah salah seorang bekas pelajar Sekolah Berasrama Penuh iaitu Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor (SMSKS) atau lebih dikenali sebagai KUSESS. Fedtri berkahwin dengan Nurul Anati Ismail yang dikenalinya ketika sama-sama terlibat dalam Dari Masjid Ke Masjid pada 28 Mei 2011.[2] Beliau dikurniakan tiga anak, iaitu Indah Sutera Jannah (lahir 2012), Ahmad Willdan Arjuna (lahir 2014) dan anak ketiga yang dilahirkan pada 2017.

Ahmad_Fedtri_Yahya

Pekerjaan Pengacara, personaliti televisyen
Pasangan Nurul Anati Ismail (berkahwin 2011)
Anak Indah Sutera Jannah
Ahmad Wildan Arjuna
Indah Rauvda Inaara
Ahmad Firaas Mevlana
Kelahiran (1981-08-02) 2 Ogos 1981 (umurĀ 38)
Pantai Remis, Perak, Malaysia
Kediaman Kuala Lumpur