Abd_Rabbuh_Mansur_Al-Hadi
Abd_Rabbuh_Mansur_Al-Hadi

Abd_Rabbuh_Mansur_Al-Hadi

Fil Marsyal Abd Rabbuh Mansur Al-Hadi (Bahasa Arab: عبد ربه منصور الهادي‎; lahir 1 September 1945[1]) ialah seorang ahli politik Yaman yang telah menjadi Presiden Yaman sejak 25 Februari 2012. Sebelum itu beliau merupakan Naib Presiden sejak 1994[2][3].Antara 4 Jun dan 23 September 2011, beliau menjadi Pemangku Presiden Yaman ketika Ali Abdullah Saleh menjalani rawatan perubatan di Arab Saudi selepas satu serangan terhadap istana presiden semasa bantahan Yaman 2011.[4] Kemudian, pada 23 November, Al-Hadi menjadi Pemangku Presiden sekali lagi, apabila Saleh menjadi tidak aktif sementara menunggu pilihan raya presiden "sebagai ganti kebal terhadap pendakwaan." Al-Hadi merupakan satu-satunya calon dalam pilihan raya tersebut yang berlangsung pada Februari 2012. Beliau kemudian mengangkat sumpah sebagai presiden pada 27 Februari.[5]