Keluarga Abdelaziz_Bouteflika

Abdelaziz Bouteflika telah berkahwin sejak Ogos 1990 dengan Amal Triki tetapi belum mempujnyai anak. Isterinya Amal Triki ialah anak seorang diplomat, Yahia Triki. Buat masa ini mereka tidak tinggal bersama, sebaliknya Amal tinggal di Paris, Perancis.

Abdelaziz Bouteflika mempunyai 3 adik perempuan iaitu Farimah, Yamina dan Aicha. Dia juga ada 4 orang abang iaitu Abdelghani, Mustapha, Abderahim dan Said dan seorang kakak, Latifa.

Bapanya Ahmad Bauteflika dilahirkan di Telemcen dan pindah ke Maghribi semasa muda. Ahmed Bauteflika berkahwin dengan dua orang perempuan: Belkaïd Rabia dan Ghezlaoui Mansouriah (ibu Presiden Algeria sekarang).

Apabila Abdelaziz Bouteflika telah dilahirkan di 2 Mac 1937 Qudja, Maghribi , dia adalah anak sulung ibunya dan anak kedua bapanya. Ibunya Ghezlaoui Mansouriah seorang pekerja sauna (hammam), tetapi fakta itu telah dibuang atas sebab-sebab politik.