Abdul_Aziz_Bari

Prof Dr Abdul Aziz Bari adalah bekas seorang ahli akademik, pensyarah dan pakar undang-undang berbangsa Melayu di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Kini beliau bertugas di Universiti Selangor (UNISEL).[1] Beliau merupakan profesor undang-undang perlembagaan khasnya berkaitan perlembagaan beraja. Beliau adalah ahli akademik tunggal yang menulis tesis doktor fasafah tentang peranan raja-raja dalam Islam dan demokrasi.[2] [3] Beliau bertanding sebagai calon PKR bagi kerusi Parlimen Sabak Bernam pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). [4], [5] Aziz Bari bertanding sekali lagi pada Pilihan Raya Umum ke-14 dengan menggunakan tiket DAP, bagi DUN Tebing Tinggi.[6]