Abdul_Halim_Othman

Dato' Syeikh Abdul Halim bin Othman (lahir 31 Oktober 1910 di Tanjung Pauh, Jitra, Kedah) merupakan Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia ke-2 (1991-1992).Beliau dilahirkan di Tanjung Pauh, Jitra, Kedah pada 31 Oktober 1910. Beliau mula belajar di Sekolah Melayu Jitra dan mengaji Al Quran dengan Hj Othman serta meneruskan pengajian di Pondok Limbong Kapal, Madrasah al Hamidiyah sebelum ke Al Azhar,Mesir pada 1937.Mula kerjaya sebagai guru di Madrasah Al Hamidiyah sebelum menjadi Pengetua Maktab Mahmud yang pertama (1937-1954). Beliau kemudiannya dilantik pendaftar sekolah agama (1954-1966) sebelum menjadi Yang Di Pertua Majlis Agama dan bersara pada tahun 1971.Beliau aktif dalam pelbagai pertubuhan dakwah termasuk menjadi Pengarah Dakwah Perkim serta terlibat dalam penubuhan Persatuan Ulama Kedah sebelumnya. Sebagai ilmuan beliau menulis buku antaranya 'Prinsip Rumahtangga Bahagia'.Beliau dianugerahi Bintang Cemerlang Kedah (B.C.K) dan Dato’ Paduka Mahkota Kedah. Tokoh Guru Negeri Kedah tahun 1983 dan meninggal tahun 7 Jun 1997 pada usia 87 akibat serangan jantung[1].