Abdul_Kalam
Abdul_Kalam

Abdul_Kalam

Dr Avul Pakir Jainulabdeen Abdul Kalam (15 Oktober 1931—27 Julai 2015) atau Dr. APJ Abdul Kalam ialah seorang saintis India yang pernah berkhidmat sebagai Presiden India ke-11. Anak kelahiran Rameswaram, Tamil Nadu ini belajar fizik di Kolej St. Joseph, Tiruchirappalli serta kejuruteraan aeroangkasa di Institut Teknologi Madras (MIT), Chennai.Beliau menjadi jurutera aeroangkasa di bawah Pertubuhan Penyelidikan Pertahanan dan Pembangunan (DRDO) serta Pertubuhan Penyelidikan Angkasa India (ISRO). Abdul Kalam juga dikenali sebagai Missile Man of India ("Lelaki Peluru Berpandu India") atas jasanya membangunkan peluru berpandu balistik dan teknologi pelancaran. Beliau memainkan peranan penting dalam organisasi, teknikal dan politik dalam ujian nuklear Pokhran-II (1998) yang pertama sejak ujian nuklear negara tersebut pada tahun 1974. Bagaimanapun menyatakan beliau adalah ahli fizik nuklear tanpa kuasa dan hanya menjalankan kerja bagi pihak Homi J. Bhabha dan Sarabhai Vikram.Kalam dilantik sebagai Presiden India pada tahun 2002 setelah mengalahkan Lakshmi Sahgal dan disokong oleh parti Kongres Kebangsaan India dan Parti Bharatiya Janata yang merupakan parti politik utama India. Beliau menjadi profesor pelawat di Institut Pengurusan Ahmedabad India dan Institut Pengurusan Indore India, Canselor Institut Sains Angkasa India dan Teknologi Thiruvananthapuram, profesor Kejuruteraan Aeroangkasa di Universiti Anna (Chennai), Universiti JSS (Mysore) dan melakukan lawatan ke seluruh universiti India.Kalam amat menyokong rancangan pembangunan India menjadi sebuah negara maju menjelang 2020 dalam bukunya India 2020.Beliau menerima beberapa anugerah berprestij antaranya termasuk Bharat Ratna iaitu penghormatan tertinggi awam India. Kalam memberi motivasi dan dan berinteraksi dengan komuniti pelajar di India. Beliau melancarkan Misi Belia India 2011 sebagai suatu langkah membanteras rasuah di India.Ketika Abdul Kalam menyampaikan sebuah syarahan di Institut Pengurusan India Shillong, beliau tersungkur akibat penyakit jantung dan kemudiannya meninggal dunia pada 27 Julai 2015 berusia 83 tahun.[1] Beribu-ribu orang termasuk orang kenamaan dalam negara menghadiri majlis pengebumian jenazahnya di kampung halamnanya di Rameshwaram; di mana beliau dikebumikan dengan penghormatan penuh yang diberikan oleh pemerintah India.[2]

Abdul_Kalam

Lahir (1931-10-15) 15 Oktober 1931 (umur 88)
Rameswaram, British India (kini Tamil Nadu, India)
Didahului oleh Kocheril Raman Narayanan
Alma mater Kolej St. Joseph, Tiruchirappalli
Institut Teknologi Madras
Digantikan oleh Pratibha Devisingh Patil
Profesion Profesor, penulis, saintis, jurutera aeroangkasa
Meninggal dunia 27 Julai 2015(2015-07-27) (umur 83)
Shillong, Meghalaya, India
Laman sesawang abdulkalam.com
Perdana Menteri Atal Bihari Vajpayee
Manmohan Singh
Naib Presiden Bhairon Singh Shekhawat