Kerjaya Abdul_Majid_Mohd_Noor

Sekembali ke Kedah, beliau menjadi guru Bahasa Arab di Maktab Mahmud (1945) selama 20 tahun dan menjadi Pemangku Guru Besar di situ (1961). Beliau menjadi Guru Besar di situ pada 1965. Tahun 1969 , dilantik sebagai Pendaftar Sekolah-sekolah Agama di Majlis Hal Ehwal Agama Islam Kedah.


1980-an, menjadi Penasihat Lembaga Urusan dan Tabung Haji. Beliau turut dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Ibadat Haji, Tabung Haji. Beliau dipilih menjadi Pengerusi Lembaga Maktab Mahmud dan sebagai Ahli Lembaga Amanah Yayasan Ekonomi Islam Malaysia (YAPIM) selama tiga tahun. Beliau juga dipilih sebagai hakim pertandingan Tilawatul Al-Quran peringkat negeri Kedah dan peringkat kebangsaan.


Sultan Kedah melantik beliau menjadi Yang Dipertua Majlis Hal Ehwal Agama Islam Kedah.[1] Pada 12 Februari 1979 beliau bersara wajib. Selepas bersara, beliau dipilih sebagai Yang Dipertua Persatuan Ulama Kedah (1980-1984). Beliau turut dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) negeri Kedah selama 5 tahun. 1979-1986 menjadi Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah ; Ahli Majlis Agama Islam Kedah ; Ahli Jawatankuasa Zakat Negeri Kedah ; dan Pengerusi Jawatankuasa Syariah Kedah.