Kontroversi Abdul_Rahim_Mohd_Noor

Pada 26 Oktober 2011, semasa berucap merasmikan Mesyuarat Agung Perkasa kali ke-2 di Setiawangsa, sebuah pertubuhan kanan jauh. Beliau menyamakan gelombang hak asasi manusia dengan komunisme dan satu agama baru. Hak asasi manusia ini akan mengemukakan pandangan liberal dan akhirnya mempersoalkan institusi raja.[3] Lantas, akhbar berbahasa Cina seperti Sin Chew mempertikaikan kenyataan beliau dan mengungkit semula peranan beliau ketika 'mata lebam' Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998. Sebenarnya pembebasan hamba abdi oleh Abraham Lincoln dan kempen anti-aparteid oleh Nelson Mandela adalah berasaskan hak asasi manusia.[4]

Abdul Rahim mendakwa bahawa sebahagian aktivis Melayu berhaluan kiri menjadi 'musang berbulu ayam'. Matlamat mereka mahu menjadikan Malaysia sebuah republik. Dalam majlis itu Abdul Rahim menerima 'Anugerah Tertinggi Perkasa'. Dua penerima sebelum ini ialah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Tun Ibrahim Ismail.[5]