Abdul_Rahim_bin_Osman
Abdul_Rahim_bin_Osman

Abdul_Rahim_bin_Osman

Abdul Rahim bin Haji Osman atau lebih dikenali sebagai Rahim In-Team atau Im telah dilahirkan pada (1980-09-09) 9 September 1980 (umurĀ 39) dan berasal dari Segamat, Johor Darul Takzim. Beliau merupakan salah seorang anggota kumpulan In-Team yang terkenal di Malaysia.Walaupun In-Team telah ditubuhkan pada tahun 1999, beliau hanya mula menganggotai kumpulan In-Team pada tahun 2002 menggantikan Hisyam yang menarik diri pada ketika itu (kini Hisyam telahpun menyertai Inteam semula). Beliau telah merakamkan album pertamanya bersama In-Team berjudul Damba Kasih pada tahun 2003, terbitan Hijjaz Records Sdn. Bhd. & NAR Records Sdn. Bhd. selaku pengedar album. [1]Beliau telahpun mendirikan rumahtangga dengan pilihan hatinya bernama Siti Hajar Mat Angsar pada 15 Mei 2004 dan dikurniakan seorang cahaya mata.

Abdul_Rahim_bin_Osman

Berasal dari Segamat, Johor Darul Takzim
Pekerjaan Penyanyi
Nama lahir Abdul Rahim bin Osman
Pengkarya berkait Kumpulan In-Team
Juga dikenali sebagai Rahim, Im
Syarikat rakaman Hijjaz Music Entertainment
NAR Records Sdn. Bhd.
EMI Music Publishing Sdn. Bhd.
Inteam Records Sdn. Bhd.
Genre Nasyid
Tahun aktif 2002-kini