Abdullah_Totong_Mahmud

Abdullah Totong Mahmud atau lebih dikenali dengan nama A.T. Mahmud (lahir di Kampung 5 Ulu Kedukan Anyar, Palembang, Sumatera Selatan, 3 Februari 1930 – meninggal di Jakarta, 6 Julai 2010 pada umur 80 tahun)[1][2] adalah seorang penggubah lagu dari Indonesia, yang telah menyusun lebih dari 500 lagu kanak-kanak.[3] Beberapa tajuk lagu terkenal karya beliau antara lain "Pelangi", "Ambilkan Bulan", "Anak Gembala", "Bintang Kejora", "Mendaki Gunung", "Ade Irma Suryani", dan "Amelia".[1]AT Mahmud pernah menjadi hos dua program televisen lagu kanak-kanak ("Lagu Pilihanku" 1968-1988, "Ayo Menyanyi" 1969-1988) di stesyen televisen TVRI milik kerajaan Indonesia bersama dua orang penggubah lagu kanak-kanak lainnya Ibu Sud dan Pak Dal. Beliau juga merupakan salah seorang penerima 2003 AMI Lifetime Achievement Award. Kerajaan Indonesia menmganugerahkan pingat Darjah Budaya Parama Dharma kepadanya pada tahun 2003.[4]

Abdullah_Totong_Mahmud

Pekerjaan Pencipta lagu
Nama lahir Masagus Abdullah Mahmud
Juga dikenali sebagai A. T. Mahmud
Meninggal dunia Jakarta, Indonesia
Kelahiran Palembang, Hindia Belanda
Genre Lagu kanak-kanak