Abu_Bakar_Basyir
Abu_Bakar_Basyir

Abu_Bakar_Basyir

Abu Bakar Ba'asyir (dilahirkan pada Ogos 1938) adalah seorang ustaz Arab yang berasal dari Indonesia. Beliau dituduh sebagai ketua agama Jemaah Islamiyah (JI), sebuah pertubuhan militan Islam yang mempunyai hubungan dengan al-Qaeda. Ba'asyir menafikan segala hubungan dengan JI atau pengganas. Ba'asyir merupakan pemimpin Majlis Mujahidin Indonesia (MMI) serta salah seorang penubuh Pondok Pesantren Islam Al Mu'min di Ngruki, Sukoharjo, Jawa Tengah.Pada 3 Mac 2005, Ba'asyir telah disabitkan kesalahan di atas konspirasi serangan bom 2002, tetapi tidak bersalah atas tuduhan berkaitan dengan bom 2003. Pada 17 Ogos 2005, masa tahanan Ba'asyir dikurangkan kepada empat bulan dan 15 hari sempena Hari Kemerdekaan Indonesia.

Berkaitan