Abu_Bakar_Suleiman

Tan Sri Dato' Dr. Abu Bakar bin Tan Sri Suleiman (lahir 4 Februari 1944)[1] ialah Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia ke-8 (1991–1999). Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (1986–1988).[2][3] Setelah bersara daripada perkhidmatan awam pada tahun 2001, beliau dilantik sebagai Presiden Universiti Perubatan Antarabangsa (2001–2017) dan Pengerusi IHH Healthcare Berhad (2012–2017).Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan (MBBS) dari Universiti Monash pada tahun 1968 dan Ijazah Sarjana Perubatan (MMed) dari Universiti Singapura. Beliau juga mengikuti Program Pengurusan Lanjutan (AMP) di Harvard Business School, Amerika Syarikat pada tahun 1991.

Abu_Bakar_Suleiman

Lahir Abu Bakar bin Suleiman
(1944-02-04) 4 Februari 1944 (umur 77)
Johor Bahru, Johor, British Malaya (kini Malaysia)
Pekerjaan Ahli politik
Didahului oleh Tan Sri Dato' Dr. Abdullah Abdul Rahman
Alma mater Universiti Monash (MBBS)
Universiti Singapura (MMed)
Harvard Business School (AMP)
Digantikan oleh Tan Sri Datu Dr. Mohamad Taha Arif
Hubungan Dato' Haji Abdul Rahman Mohamed Yassin (datuk)
Tun Dr. Ismail Abdul Rahman (bapa saudara)
Tun Dr. Awang Hassan (bapa saudara)
Profesion Doktor
Bapa Tan Sri Suleiman Abdul Rahman
Ibu Puan Sri Fatum Abdul Majid