Universiti_Nasional_Singapura
Universiti_Nasional_Singapura

Universiti_Nasional_Singapura

اونيۏرسيتي كبڠسا ٴن سيڠاڤورا
National University of SingaporeUniversiti Nasional Singapura (singkatan: NUS; Cina Ringkas: 新加坡国立大学; pinyin: Xīnjiāpō Guólì Dàxué; Tamil: சிங்கப்பூர் தேசிய பல்கலைக்கழகம்) ialah universiti yang tertua di Singapura dan masih merupakan universiti yang terbesar di negara itu dari segi bilangan pendaftaran pelajar serta kurikulum yang ditawarkan. Sejak 1 April 2006, universiti ini yang merupakan universiti menyeluruh dan berpenyelidikan intensif telah menjadi sebuah syarikat universiti bukan untung yang berhad dengan jaminan.Kampus utama Universiti Nasional Singapura ialah kampus Kent Ridge yang terletak di barat daya Singapura di Kent Ridge. Dibatasi oleh Jalan Ekspres Ayer Rajah (AYE), Jalan Clementi, Jalan Buona Vista, dan Taman Kent Ridge, luasnya kampus tersebut di sekitar 150 hektar. Kampus Bukit Timah menampung pusat pengajian undang-undang, manakala Pengajian Pengajian Perubatan Sisawah Duke-NUS terletak di kampus Outram.NUS merayakan hari jadi ke-100 pada tahun 2005. Sebagai perayaan untuk peristiwa yang penting ini, universiti tersebut mengadakan perayaan seratus tahun selama setahun yang berakhir pada 15 Julai 2006.Dalam arena sejagat, NUS memainkan peranan yang aktif dalam perkongsian dan perikatan antarabangsa, termasuk: