AdWords

AdWords ialah keluaran pengiklanan kemegahan dan sumber hasil Google yang utama. Ia membekalkan pengiklanan bayar per klik (PPC) dan pengiklanan yang menyasarkan tapak web untuk kedua-dua iklan teks dan iklan sepanduk. Program ini merangkumi penyebaran tempatan, negara dan antarabangsa. Iklan teks Google adalah pendek sahaja dan terdiri daripada satu garis tajuk serta dua garis teks kandungan. Iklan-iklan imej boleh merupakan salah satu daripada beberapa saiz piawai Biro Pengiklanan Interaktif (IAB).Bahagian AdWords di syarikat Google berpusat di Ann Arbor, Michigan.[1]