Sejarah AdWords

Keluaran AdWords dilancarkan pada tahun 2000.[2] Pada mula-mulanya, para pengiklan membayar Google bayaran bulanan yang tetap, dengan Google menyediakan dan mengendalikan kempen untuk mereka. Untuk menampung perniagaan-perniagaan yang kecil serta juga mereka yang hendak mengendalikan kempen sendiri, Google kemudian memperkenalkan portal layan diri AdWords. Sejak dari tahun 2005, Google telah membekalkan perkhimatman pengurusan kempen yang dikenali sebagai Jumpstart [3] untuk membantu para pengiklan menyediakan kempen masing-masing.

Pada tahun 2005, Google melancarkan Program Profesional Pengiklanan Google (GAP) untuk mengesahkan para individu dan syarikat yang telah menyertai kursus AdWords dan lulus dalam peperiksaannya. Disebabkan oleh kerumitan AdWords serta jumlah wang yang terlibat, sesetengah pengiklan menggaji seorang perunding untuk mengendalikan kempen-kempen mereka.