Adam Corrie
Adam Corrie

Adam Corrie

Adam Corrie Lee Abdullah merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia. Dilahirkan dalam keluarga berbangsa Cina yang asalnya beragama Buddha di Pulau Pinang. Merupakan seorang anak tentera, beliau mampu berbahasa Kantonis, Hokkien, Inggeris dan Melayu dengan baik sekali. Beliau terkenal dengan peranan antagonis dan telah berlakon sebanyak 31 buah filem. Antara filem-filem lakonan beliau termasuk Spinning Gasing (2001), Pontianak Harum Sundal Malam (2004), GK3 The Movie (2005), Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam (2009), Evolusi KL Drift 2 (2010) dan KL Gangster (2011–2013).[2] Sebagai seorang penari, beliau pernah menjadi penari di beberapa rancangan televisyen termasuk Hiburan Minggu Ini dan Muzik-Muzik. Beliau pernah menjadi kolumnis jemputan di akhbar Metro Ahad selama dua tahun dari 2016 hingga 2018. Beliau juga ialah seorang pereka tari profesional (koreografer).Pada tahun 2017, Beliau telah menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah[3] - Saudara Kita peringkat negeri Selangor Darul Ehsan bagi tahun 2017.

Adam Corrie

Nama lain Frankie Lee, Adam Corrie Lee bin Abdullah
Tahun aktif 1984–kini
Laman web www.adamcorrie.my
Pekerjaan Pelakon, koreografer tarian, koreografer aksi lasak, pendakwah bebas
Kelahiran Adam Corrie Lee
Pulau Pinang, Malaysia
Pasangan Fazima Fuad (k. 2008)[1]
Anak Adam Fateh Lee

Rujukan

WikiPedia: Adam Corrie http://www.imdb.com/name/nm1425346/ http://www.straitstimes.com/singapore/brothers-gan... http://www.adamcorrie.my http://www.bharian.com.my/articles/EvolusiKLDrift2... http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=12... http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=05... http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&d... http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&d... http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2013/... http://www.murai.com.my/berita/tempatan/article/ar...