Kerjaya Adnan_Yaakob

Beliau memulakan kerjaya sebagai guru di Sekolah Menengah Agama Pelangai, Bentong pada tahun 1969 sebelum menyambung pengajian pada 1972. Kemudian beliau meneruskan perkhidmatan sebagai guru sehingga mengambil keputusan berhenti untuk menjadi ahli politik sepenuh masa pada tahun 1985. Pada tahun 1986, beliau bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1986 di DUN Pelangai mengalahkan calon DAP.