Politik Adnan_Yaakob

Beliau yang menyertai UMNO pada tahun 1969, telah memegang pelbagai jawatan antaranya Ketua Pemuda Bahagian Bentong dan Ketua UMNO Bahgian Bentong pada 1987. Beliau dilantik sebagai Menteri Besar Pahang pada 25 Mei 1999, menggantikan Tan Sri Mohd Khalil Yaakob yang dilantik sebagai Menteri Penerangan ketika itu. Kemudian pada 27 Mac 2004, beliau dilantik semula sebagai Menteri Besar Pahang bagi penggal kedua.