Adza_Tutyrianti_Adenan

Adza Tutyrianti Adenan atau juga dikenalis sebagai Tuty merupakan salah seorang anggota kumpulan keluarga penyanyi Kumpulan D'Adza Sister's. Beliau juga dikenali dengan nama Tuty, dilahirkan pada 28 hb Ogos 1980, di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Merupakan anak ke empat dari 7 adik-beradik.Tuty juga pernah menyertai Kumpulan G.I.M.[1] dan pernah merakamkan album di bawah syarikat rakaman NSR Records Sdn Bhd pada tahun 1999. Selain itu, Tuty juga mempunyai bakat dalam lakonan dan di pernah berlakon dalam beberapa drama tempatan dan pernah berlakon dalam filem seperti filem Idola Arahan Aziz M.Osman dan ‘Lang Buana’ Arahan Mamat Khalid. Juga pernah sedang membuat persembahan di The Pub, Shangri-La Kuala Lumpur.[2]