Gambaran Aedes_albopictus

Nama dan sistemik

Gambaran asal Skuse bagi nyamuk Aedes albopictus, ketika itu dikenali sebagai Culex albopictus

Pada tahun 1894, entomologi British-Australia, Frederick A. Askew Skuse, merupakan orang pertama menggambarkan secara saintifik mengenai nyamuk Aedes albopictus, yang diberi nama Culex albopictus (lat. Culex “langau, kerdil” dan albopictus “sulaman putih”).[4][5] Kemudian, spesies ini diletakkan pada genus Aedes (gr. άηδής, "tidak menyenangkan")[6] dan dirujuk sebagai Aedes albopictus.[7] Seperti nyamuk demam kuning, ia termasuk dalam genus kecil Stegomyia (gr. στέγος, "tertutup, beratap", merujuk kepada sisik yang menutupi sepenuhnya permukaan dorsal dalam genus kecil ini, dan μυία, "terbang").[8] Pada tahun 2004, ahli sains menyelidik hubungan aras tinggi dan mencadangkan penkelasan barudalam genus Aedes dan Stegomyia diangkat ketahap aras Genus, menjadian Aedes albopictus kini sebagai Stegomyia albopicta. Ini bagaimanapun mencetuskan pertikaian, dan kegunaan Stegomyia albopicta lawan Aedes albopictus terus diperdebatkan.[9][10][11]

Ciri-ciri

Aedes albopictus

Nyamuk Aedes albopictus adalah sekitar 2 to 10 mm panjang dengan pola belang hitam putih yang jelas.[4][12][13] Kepelbagaian saiz badan pada nyamuk dewasa bergantung pada kepadatan populasi jentik-jentik dan bekalan makanan dalam air pembiakan. Oleh kerana keadaan sebegini jarang optima, saiz badan purata bagi nyamuk matang adalah jauh lebih kecil dari 10 mm. Sebagai contoh, purata panjang abdomen dikira sekitar 2.63 mm, sayap 2.7 mm, dan belalai 1.88 mm melalui kajian 10 gambar dari tahun 1962 bagi kedua-dua nyamuk jantan dan betina.[14]

Nyamuk jantan secara kasarnya 20% lebih kecil berbanding nyamuk betina, tetapi ia secara morfologi amat serupa. Bagaimana, sebagaimana kesemua spesies nyamuk, belalai jantan berbanding betina adalah lebih lebat dan mengandungi penerima bunyi bagi mengesan ciri-ciri ngiang nyamuk betina. Maxillary palps bagi nyamuk jantan tuga adalah lebih panjang berbanding belalai mereka manakala maxillary palps nyamuk betina adalah lebih pendek. (Ini adalah ciri biasa bagi nyamuk jantan Culicinae.) Tambahan lagi, tarsus kaki belakang nyamuk jantan adalah lebih keperakan. Tarsomere IV adalah sekitar tiga suku keperakan bagi jantan berbanding nyamuk betina yang hanya sekitar 60% perak.


Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Aedes_albopictus http://www.iberianature.com/material/tigermosquito... http://www.merriam-webster.com/dictionary/aedes http://www.nytimes.com/2007/12/23/world/europe/23v... http://www.sciencedirect.com/science?_ob=ArticleUR... http://archimedes.fas.harvard.edu/pollux/ http://www.rci.rutgers.edu/~insects/sp8.htm http://cisr.ucr.edu/asian_tiger_mosquito.html http://entomology.ifas.ufl.edu/creatures/aquatic/a... http://www.cdc.gov/Ncidod/dvbid/arbor/albopic_new.... http://www.invasivespeciesinfo.gov/animals/asianti...