Ahli-Ahli Aeman

Kumpulan Ae-Man pada asalnya dianggotai oleh 4 orang kanak-kanak lelaki. Seperti yang berlaku kepada kumpulan UNIC, kumpulan ini telah beberapa kali bertukar anggota atas faktor usia yang semakin meningkat. Pada tahun 2009, salah seorang daripada mereka iaitu saudara Hazmirul telah kembali ke rahmatullah akibat sesak nafas. Kematian beliau telah menyebabkan kumpulan ini tinggal hanya 3 orang anggota. Namun kini, kumpulan ini telah dibubarkan kerana anggotanya sudah melanjutkan pelajaran dan sebahagiannya sudah berkerjaya. Berikut ialah anggota kumpulan Ae-Man yang terakhir sebelum berlakunya pembubaranĀ :

  1. Mohd Zamri bin Safrizal
  2. Anas Aqeel bin Abdul Latif
  3. Abdul Kareem Hafiz bin Isa

Bekas ahli yang pernah menganggotai Ae-ManĀ :

  1. Mohd. Tamlikha bin Abu Bakar
  2. Mohd. Afdhaluddin bin Suhaimi
  3. Ihsan Hizami bin Shamsuddin
  4. Ahmad Nazaruddin bin Azman
  5. Mohd. Daud bin Bahari
  6. Muhammad Safwan Jahri
  7. Muhammad Hazmirul bin Hasrul - meninggal dunia pada 23 Disember 2009