Kerjaya Afieq_Shazwan

Pada tahun 2008, pada usia 11 tahun dan menduduki Darjah 4, Afiq memulakan kerjaya hiburannya dengan menyertai rancangan realiti Idola Kecil di TV9 dan berjaya ke peringkat akhir. Selepas itu, beliau mula mengorak langkah ke Pentas Mystarz Oolala hingga ke peringkat akhir.

Beliau mula bergiat aktif dalam aktiviti seni apabila berjaya memegang watak Tun Dr Mahathir Mohamad sewaktu kecil di Teater Tun Mahathir 1 dan 2 yang merupakan antara teater terbaik di Malaysia gandingan bersama Erra Fazira, Zizan Nin dan lain-lain.

Afieq menyertai pertandingan Big Stage dan bersaing bersama rakan-rakan BBNU (Budak Baru Nak Up) bagi menempa nama dalam industri muzik tanah air. Peserta yang terlibat termasuk Sissy Imann, Ariff Bahran, Sarah Suhairi, Andi Bernadee, Tajul Ariff, Syafiq Farhain, Baby Shima, Fara Hezel dan Wani Kayrie.[3] Big Stage musim pertama mengangkat Afieq selaku pemenang tempat ketiga. Beliau membawa pulang wang tunai RM50,000 dan RM25,000 beserta trofi.[4]