Afriqiyah_Airways

Afriqiyah Airways (Bahasa Arab: الخطوط الجوية الأفريقية‎) ialah syarikat penerbangan yang berpangkalan di Tripoli, Libya.[1] Syarikat ini mengendalikan perkhidmatan dosmetik di antara Tripoli dan Benghazi dan perkhidmatan berjadual antarabangsa untuk lebih 28 negara di Eropah, Afrika, Asia dan Timur Tengah. Pangkalan utama mereka adalah Lapangan Terbang Antarabangsa Tripoli[2]. Nama Afriqiyah diambil daripada perkataan Bahasa Arab yang bermaksud Afrika. Nombor 9.9.99 pada tepi pesawat Afriqiyah merujuk kepada tarikh Pengisytiharaan Sirte yang menandakan pembentukan Kesatuan Afrika.[3] Ideanya adalah untuk menjadikan Afriqiyah sebagai syarikat penerbangan Afrika yang berpangkalan di Tripoli.Afriqiyah Airways merupakan ahli bagi Arab Air Carriers Organization dan International Air Transport Association. Syaikat penerbangan ini memperoleh hasil sebanyak 120 juta dolar pada 2006.[4]