Agen_saraf

Agen saraf merupakan kelas kimia organik yang mengganggu mekanisme saraf pemindah mesej ke organ-organ. Gangguan ini disebabkan oleh penyekatan asetilkolinesterase, satu enzim yang memangkinkan penguraian neurotransmiter asetilkolina.Keracunan agen saraf membawa kepada pengecutan anak mata, pengeluaran air liur yang banyak, sawan, dan pembuangan air kecil dan besar yang tidak terkawal beberapa saat segera setelah pendedahan kepada agen. Kematian akibat sesak nafas atau serangan jantung boleh berlaku selepas beberapa minit kerana hilangnya kawalan badan ke atas pernafasan dan otot lain. Ada beberapa jenis agen saraf yang mudah diruapkan atau disimpan dalam bentuk aerosol lalu masuk ke badan melalui sistem pernafasan. Agen saraf juga boleh diserap melalui kulit, di mana pengguna agen perlu mengenakan perlindungan badan penuh sesuai di samping alat pernafasan.Agen saraf biasanya bersifat cecair tidak berwarna atau berwarna kuning keambaran yang meruap menjadi gassarin dan VX misalnya tidak mempunyai apa-apa bau; tabun berbau sedikit seakan-akan buah-buahan manakala soman berbau sedikit seperti kapur barus.[1]