Agensi_Anti_Doping_Dunia

Agensi Anti-Doping Dunia (Bahasa Inggeris: World Anti-Doping Agency, WADA; Bahasa Perancis: Agence mondiale antidopage, AMA) adalah yayasan yang dimulakan oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa yang berpusat di Kanada untuk mempromosikan, menyelaraskan dan mengawasi penentangan terhadap penggunaan dadah di dalam sukan. Aktiviti utama agensi termasuk penyelidikan saintifik, pendidikan, pembangunan kapasiti anti-doping, dan pemantauan Kod Anti Doping Sedunia, yang ketentuannya dikuatkuasakan oleh Konvensyen Antarabangsa terhadap Doping dalam Sukan yang dikelola UNESCO. Matlamat Majlis Eropah Konvokesyen Anti-Doping dan Agensi Anti-Doping Amerika Syarikat juga rapat dengan WADA.

Agensi_Anti_Doping_Dunia

Status perundangan Aktif
Tujuan Anti-doping dalam sukan
Koordinat 45°30′03″N 73°33′43″W / 45.5009°N 73.5619°W / 45.5009; -73.5619Koordinat: 45°30′03″N 73°33′43″W / 45.5009°N 73.5619°W / 45.5009; -73.5619
Laman web rasmi WADA-AMA.org/en
Bahasa rasmi Inggeris, Perancis
Pembentukan 10 November 1999; 21 tahun yang lalu (1999-11-10)
Ibu pejabat Montreal Quebec, Kanada
Kawasan berkhidmat Antarabangsa
Orang penting Sir Craig Reedie, Presiden
Gabungan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa
Jenis Bukan untung