Agensi_Kawalan_Sempadan_Malaysia

Agensi Kawalan Sempadan Malaysia atau AKSEM ialah sebuah agensi kerajaan Malaysia yang mengawal jalan masuk dan keluar Malaysia daripada aktiviti haram seperti penyeludupan, pendatang tanpa izin, dan pemerdagangan manusia.[1][2] Ditubuhkan pada 2015, agensi ini dikendalikan lebih kurang 10,000 pegawai dari Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Gerakan Am dan Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP).[3][4]Pada tahun 2021, AKSEM diletakkan sepenuhnya di bawah kawalan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) PDRM sebagai langkah memperkasa fungsi agensi ini.[5] AKSEM dibubarkan pada tahun yang sama.

Rujukan

WikiPedia: Agensi_Kawalan_Sempadan_Malaysia http://www.theborneopost.com/2015/09/18/dpm-upp-to... http://www.theborneopost.com/2016/02/01/gof-to-rei... http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article... https://www.astroawani.com/berita-malaysia/aksem-d... https://thediplomat.com/2015/09/malaysia-eyes-new-... https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/03... https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/06... https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/06/724710/... https://www.sinarharian.com.my/article/147269/BERI... https://web.archive.org/web/20210630090109/https:/...