Agra
Agra

Agra

Aras tinggi• 171 m (561 kaki)Agra  sebutan (bantuan·maklumat) (Bahasa Hindi: आगरा, Urdu: آگرا‎), (IPA: ɑːɣrə) merupakan sebuah kota di lembah Sungai Yamuna di Uttar Pradesh, India. Ia disebut dalam mahakarya Mahabharata sebagai Agrabana are Paradise. Ptolemy, ahli geografi abad ke-2 yang terkenal, mencatat kota ini dalam peta dunianya sebagai Agra. Tradisi dan legenda mengatakan bahawa bandar raya Agra masa kini diasaskan oleh Raja Badal Singh (k.k. 1475) yang kubunya, Badalgarh, terletak di tempat kubu kini atau berhampirannya. Bagaimanapun Salman, pemuisi Parsi abad ke-12, menulis tentang sebuah serangan terdesak oleh Sultan Mahmud dari Ghazni ke atas bandar berkubu Agra yang dipegang oleh Raja Jaipal ketika itu. [1] Agra diperintah oleh Sultan Sikandar Lodi pada tahun 1506. Ia mencapai kemasyhuran sebagai ibu kota maharaja-maharaja Mughal dari tahun 1526 hingga tahun 1658 dan kini masih merupakan sebuah destinasi melancong yang utama kerana bangunan-bangunan zaman Mughalnya yang tersengam, khususnya, Taj Mahal, Kubu Agra, dan Fatehpur Sikri, dengan ketiga-tiga bangunan ini kini merupakan Tapak Warisan Dunia UNESCO.