Ciri-ciri Agrionemys

Kura-kura Rusia ini bersaiz kecil, dengan anggaran sekitar 13–25 cm (5–10 in). Betina besar sedikit (15–25 cm [6–10 in]) untuk membawa lebih banyak telur. Jantannya pula bersaiz sekitar 13–20 cm (5–8 in). Haiwan ini bersifat maun. Kura-kura jantan mempunyai ekor dan kuku yang lebih panjang, berbanding betina; manakala betinanya berekor pendek dan tebal. Cangkerangnya berwarna coklat atau hitam, dan kekuningan pada bahagian skut.