Agus_Harimurti_Yudhoyono
Agus_Harimurti_Yudhoyono

Agus_Harimurti_Yudhoyono

Agus Harimurti Yudhoyono (lahir 10 Ogos 1978 di Bandung, Barat Jawa) merupakan anak sulung kepada Susilo Bambang Yudhoyono dan Kristiani Herawati.[1]Beliau tamat belajar di Sekolah Tinggi Taruna Nusantara pada tahun 1997 dan Akademi Militer pada tahun 2000. Beliau merupakan pemegang Pingat Adhi Makayasa (pelajar terbaik di Akademi Militer), sama seperti bapanya. Pada Julai 2006, Agus menamatkan pelajarnya dari Institut Pertahanan dan Pengajian Strategik di Singapura, sebelum ke Universiti Harvard.[2] Pada September 2009, Susilo Bambang Yudhoyono telah memberi ucapan di Harvard Kennedy School dan berjenaka bahawa Agus menjadi "seorang lagi pelajar Harvard yang bekerja untuknya" selepas beberapa menteri dan jeneral tentera yang bekerja dengannya merupakan graduan Harvard.[3]Agus mengahwini Annisa Pohan pada 8 Julai 2005.[4][5] Mereka dikurniakan anak pertama, Almira Tunggadewi Yudhoyono, pada 17 Ogos 2008.[6]Selepas 16 tahun berkhidmat di dalam tentera, Agus meletakkan jawatan pada tahun 2016 dengan pangkat Mejar untuk menjadi calon Gabenor Jakarta bagi Demokrat dalam Pilihan Raya Gebenor Jakarta 2017,[7] dengan Sylviana Murni sebagai rakan gandingannya.[8] Beliau telah disokong oleh Partai Demokrasi, Partai Persatuan Pembangunan (PPP), Partai Kebangkitan Bangsa (PKB), dan Partai Amanat Nasional (PAN).[9] Beliau menduduki tempat ketiga dengan undian 17.06% di belakang Basuki Tjahaja Purnama dan Anies Baswedan.

Agus_Harimurti_Yudhoyono

Lahir (1978-08-10) 10 Ogos 1978 (umur 41)
Bandung, Jawa Barat, Indonesia
Pangkat Mejar
Alma mater Akademi Militer (Indonesia)
S. Rajaratnam School of International Studies (M.Sc.)
Universiti Harvard (Sarjana Pentadbiran Awam)
Institut Kerjasama Keselamatan Hemisfera Barat
United States Army Command and General Staff College
Universiti Webster (M.A.)
Pasangan Annisa Pohan
Anugerah Adhi Makayasa - Tri Sakti Wiratama 2000
Hubungan Susilo Bambang Yudhoyono (Bapa)
Kristiani Herawati (Ibu)
Tahun perkhidmatan 2000–2016
Unit Infantri (Kostrad)
Kesetiaan  Indonesia
Anak-anak Almira Tunggadewi Yudhoyono
Perkhidmatan/cawangan TNI

Rujukan

WikiPedia: Agus_Harimurti_Yudhoyono http://issuu.com/harvard_asia_pacific_review/docs/... http://www.kapanlagi.com/foto/berita-foto/indonesi... http://megapolitan.kompas.com/read/2016/10/25/2042... http://nasional.kompas.com/read/2016/09/28/1459562... http://poskotanews.com/2016/09/23/mundur-dari-tni-... http://www.thejakartapost.com/news/2009/09/10/tump... http://www.tribunnews.com/lifestyle/2014/08/19/cuc... http://aniyudhoyono.or.id/profile.php http://data.bibliotheken.nl/id/thes/p356357775 http://isni.org/isni/0000000423069537