Kewartawanan Ahirudin_Attan

Beliau menjadi wartawan di Business Times pada tahun 1985, selepas menamatkan pengajian daripada Institut Teknologi MARA (UiTM).Pada tahun 1992, beliau berkhidmat sebagai wartawan di London dan melanjutkan pengajian di Cardiff (1993) jurusan Kewartawanan Lanjutan. Kemudian beliau dilantik sebagai editor Businesss Times (1997) dan seterusnya sebagai pemangku editor The Malay Mail pada 16 Oktober 2001. Beliau terus dilantik semula sebagai editor Malay Mail dan Mail Ahad pada 1 Mei 2004, berikutan penstrukturan semula .

Pada 13 Februari 2006, Ahirudin meletak jawatan . Ahirudin telah bekerja dengan NSTP selama 21 tahun.Ahirudin ialah Presiden Kelab Akhbar Kebangsaan dari tahun 2003 hingga 31 Mac 2007, digantikan oleh Mokhtar Hussain, saudaranya dan kekal sebagai penasihat sehingga Mac 2009. Beliau juga Perunding Editorial, dan kolumnis.