Ahli_Parlimen_Pagoh
Ahli_Parlimen_Pagoh

Ahli_Parlimen_Pagoh

Ahli Parlimen Pagoh adalah merupakan salah seorang daripada anggota dalam Dewan Rakyat Malaysia[1] yang memenangi kerusi Pagoh. Dari tahun 1974 hingga ke tahun 2021, hanya tiga orang sahaja telah berjaya terpilih sebagai Ahli Parlimen Pagoh. Bermula daripada Tun Syed Nasir Syed Ismail, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ahmad Omar sehinggalah ia kembali kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyandang jawatan ini selama 36 tahun sidang Parlimen (setakat tahun 2021).Di dalam Dewan Rakyat Malaysia, beliau pernah bergelar sebagai Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Timbalan Menteri, Yang Berhormat Setiausaha Parlimen atau Yang Berhormat Pagoh atau lebih mudah, Pagoh sahaja.

Ahli_Parlimen_Pagoh

Status Aktif
Tempoh jawatan 5 tahun
Ahli kepada Dewan Rakyat Malaysia
Surat cara pembentukan Perlembagaan Malaysia
Pemegang pertama Tun Syed Nasir Syed Ismail (sebagai Ahli Parlimen Pagoh)
Pembentukan 4 November 1974; 46 tahun yang lalu (1974-11-04)
Lapor kepada Parlimen Malaysia
Laman sesawang www.parlimen.gov.my
Nama tidak rasmi Ahli Dewan Rakyat Pagoh
Pelantik Yang di-Pertuan Agong
Pusat Parlimen Malaysia
Gelaran Yang Berhormat Pagoh
Jenis Parlimen
Kediaman Seri Perdana
(2020-2021)