Seorang
ahli astronomi adalah seorang
ahli sains yang mengkaji mengenai
jasad cakerawala seperti
planet,
bintang, dan
galaksi.Secara umumnya mengikut sejarah,
bidang astronomi difahamkan lebih kepada pengelasan dan gambaran
fenomena di langit manakala
bidang astrofizik cuba menerangkan fenomena dan perbezaan dalam kalangan fenomena ini menggunakan hukum fizik. Hari ini, tiada lagi perbezaan di antara kedua-dua perkara sudah tiada lagi. Ahli astronomi profesional biasanya difahami sebagai individu yang berpendidikan tinggi serta mempunyai kelayakan
PhD di dalam
fizik, atau ahli astronomi yang diminta bekerja oleh institusi penyelidikan atau
universiti.
[1] Mereka menghabiskan sebahagian besar masa mereka bekerja melakukan penyelidikan, walaupun mereka mempunyai tanggungjawab lain seperti mengajar, membina peralatan, atau menolong operasi sebuah balai cerap. Bilangan ahli astronomi profesional di Amerika Syarikat sebenarnya agak kecil.
Persatuan Astronomi Amerika, adalah organisasi ahli astronomi profesional yang besar di Amerika Utara, mempunyai lebih kurang 7,700 ahli. Bilangan ini termasuklah ahli sains dari bidang lain seperti fizik,
geologi, dan
kejuruteraan, yang mana penyelidikan lebih berkait rapat dengan astronomi.
[2] The
Kesatuan Astronomi Antarabangsa mengandungi 9,259 ahli dari 89 negara berbeza yang terlibat di dalam penyelidikan astronomi pada aras PhD dan ke atas.
[3]Walaupun bilangan ahli astronomi profesional seluruh dunia tidak lebih daripada sebuah populasi
pekan kecil, terdapat juga sebuah masyarakat astronomi
amatur. Kebanyakan bandar raya mempunyai kelab-kelab
astronomi amatur yang selalu berjumpa pada sesuatu masa dan juga menganjurkan pertemuan melihat bintang di dalam komuniti mereka.
Persatuan Astronomi Pasifik adalah persatuan astronomi umum terbesar di dunia, yang mengandungi kedua-dua ahli astronomi profesional dan amatur serta pendidikan dari 70 negara yang berbeza.
[4] Seperti
hobi-hobi yang lain, kebanyakan orang yang memikirkan mereka adalah ahli astronomi amatur mungkin menghabiskan masa beberapa jam sebulan untuk
melihat bintang dan membaca penemuan terkini di dalam penyelidikan. Bagaimanapun, ahli-ahli amatur terdiri daripada "armchair astronomers" hingga kepada yang paling bercita-cita tinggi, yang mempunyai
teleskop sains mereka sendiri yang membolehkan membuat penemuan mereka sendiri dan membantu ahli astronomi profesional di dalam penyelidikan.