Ahmad_Husni_Mohamad_Hanadzlah
Ahmad_Husni_Mohamad_Hanadzlah

Ahmad_Husni_Mohamad_Hanadzlah

Dato' Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah merupakan bekas Menteri Kewangan II Malaysia. Beliau juga merupakan bekas Ahli Parlimen bagi bahagian Tambun di Perak.Beliau dilahirkan pada 21 Julai 1952 di Ipoh, Perak dan berketurunan Suku Banjar[1]. Beliau pernah belajar di Sekolah Rendah St. Micheal, Ipoh pada 1959. Selepas tamat Tingkatan 6 di Sekolah Datuk Abdul Razak di Seremban, Negeri Sembilan, beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi pada 1976. Beliau turut mempunyai Sijil Ekonomi Islam Universiti Islam Antarabangsa serta Sijil Perakaunan dan Kewangan dari Institut Pengurusan Malaysia. Beliau berkahwin dengan Datin Seri Fauziah Kamarudin dan dikurniakan 4 orang cahaya mata.

Ahmad_Husni_Mohamad_Hanadzlah

Lahir (1952-07-21) 21 Julai 1952 (umurĀ 67)
Ipoh, Perak
Pekerjaan Menteri Kewangan II, Ahli Parlimen
Didahului oleh Nawawi Mat Awin
Pasangan Datin Seri Fauziah binti Kamarudin
Digantikan oleh Ahmad Faizal Azumu
Parti politik Barisan Nasional
UMNO
Majoriti 9,325 (PRU-13)
Anak-anak 4