Pesawat AirAsia_X

Pada 14 Mei 2007, AirAsia mengesahkan bahawa ia telah menempah 15 pesawat Airbus A330-300, 5 lebih daripada pada pengumuman asalnya. Pesawat dijadualkan untuk disampaikan pada suku keempat 2008.[13] Pada 27 Mac 2008, AirAsia menandatangani satu kontrak kukuh untuk 10 lagi Airbus A330-300 membawa jumlah tempahan syarikat penerbangan itu kepada 25.[14] AirAsia X menerima A330 pertamanya pada Oktober 31, 2008 di Toulouse, Perancis.[15]

AirAsia juga mengumumkan pada 11 Mei 2008 yang ia telah menandatangani satu perjanjian sewa dengan Orix Aviation untuk sebuah Airbus A340, untuk diguna dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke London. Ia menerima A340 pada Januari 2009 dan penerbangan komersialnya yang pertama kepada Lapangan Terbang Stansted adalah pada 11 Mac, 2009.

Syarikat penerbangan juga mengumumkan pada 27 November 2008 bahawa ia mengharapkan untuk membeli sehingga 25 pesawat Airbus A350 atau Boeing 787 sebagai sebahagian daripada pertumbuhan masa depannya.[16]

Pesawat AirAsia X
PesawatJumlahDalam TempahanPilihanPenumpang
(XL/Economi)
Nota
Airbus A330-300323312 (36/276)
383 (28/355) [17]
9M-XAA dipajak dari AWAS
Semua (kecuali 9M-XAA) adalah 3-3-3 konfig tempat duduk & dipasang dengan AVOD IFE

9M-XAA 2-4-2 konfig tempat duduk dengan Portable IFE
1 disewa

Airbus A340-300200286 (30/256)Dipajak dari Orix Aviation
Pengendali sebelumnya Air Canada
Laluan London Stansted-Kuala Lumpur
Disewa
Airbus A350-9000105Masuk dalam perkhidmatan : 2016

Rujukan

WikiPedia: AirAsia_X http://www.geelongadvertiser.com.au/article/2007/0... http://www.news.com.au/business/story/0,23636,2222... http://www.news.com.au/heraldsun/story/0,21985,222... http://www.theage.com.au/news/WORLD/Fly-from-Austr... http://www.theage.com.au/news/news/branson-to-take... http://www.airasia.com http://www.airasia.com/site/en/pressRelease.jsp?id... http://www.airasiax.com http://www.eads.com/1024/en/pressdb/pressdb/200803... http://www.flightglobal.com/articles/2008/11/27/31...