Air_Force_One
Air_Force_One

Air_Force_One

Air Force One ialah isyarat pengenal rasmi kawalan lalu lintas udara buat pesawat Tentera Udara Amerika Syarikat (USAF) yang membawa Presiden Amerika Syarikat.[1] Dalam kegunaan biasa, istilah ini merujuk kepada pesawat-pesawat USAF yang direka, dibina dan diguna khusus untuk pengangkutan Presiden AS. Pesawat Presiden menjadi lambang penting bagi jawatan presiden Amerika dan kuasanya.[2]