Pengenal

Dalam bidang komunikasi penyiaran dan radio, pengenal (Bahasa Inggeris: call sign) ialah nama yang diberi kepada stesen pemancar. Di sesetengah negara, pengenal digunakan sebagai nama stesen penyiaran. Pengenal boleh ditetapkan secara rasmi oleh agensi kerajaan, secara tidak rasmi oleh individu atau pertubuhan, ataupun dikodkan secara kriptografi untuk menyamarkan identiti stesen.Penggunaan pengenal sebagai pengenalan unik digunakan sejak zaman sistem telegraf kereta api bertalian tetap. Disebabkan cuma ada satu talian telegraf yang menghubungkan semua stesen kereta api, maka perlunya cara untuk berhubung dengan setiap satu stesen apabila menghantar telegram. Untuk menjimatkan masa, pengenal dua huruf digunakan untuk tujuan ini. Kaedah pengenal ini diwarisi oleh pengendalian radiotelegraf, apabila syarikat radio pada mulanya menetapkan pengenalan dua huruf pada radio pantai dan stesen atas kapal di laut. Agar membezakan stesen-stesen di peringkat antarabangsa, ditambah pula pengenalan syarikat satu huruf (contohnya, 'M' diikuti dua huruf untuk sebuah Stesen Marconi). Pada tahun 1912, keperluan mengenal pasti stesen-stesen yang dikendali oleh berbilang syarikat di berbilang bangsa menyeru perlunya piawaian antarabangsa; maka awalan ITU digunakan untuk mengenal pasti negara, dan huruf-huruf lain untuk stesen individu dalam negara itu.