Air_batu_hanyutan
Air_batu_hanyutan

Air_batu_hanyutan

Air batu hanyutan ialah mana-mana air batu laut selain air batu lekap (yang tersambung ("melekap") dengan garis pesisir atau objek kekal lain (gosong, aisberg terbumi, dll.)).[1][2][3] Air batu hanyutan dibawa bersama oleh angin dan arus laut, lalu namanya. Apabila air batu hanyutan dipacu bersama-sama menjadi sebuah jisim tunggal besar (litupan >70%), air batu ini dipanggil air batu sarah.[1] Angin dan arus boleh melonggokkan air batu itu sehingg membentuk permatang sehingga tinggi beberapa meter. Ini mewakili cabaran untuk kapal pemecah air batu dan struktur luar pesisir berkendali di lautan dan laut sejuk.Air batu hanyutan terdiri daripada flo, keping-keping air batu individual 20 meter (66 ka) atau lebih. Ada nama untuk pelbagai saiz flo: kecil – 20 meter (66 ka) sehingga 100 meter (330 ka); sederhana – 100 meter (330 ka) sehingga 500 meter (1,600 ka); besar – 500 meter (1,600 ka) sehingga 2,000 meter (6,600 ka); luas – 2 kilometer (1.2 mi) sehingga 10 kilometer (6.2 mi); dan gergasi – lebih daripada 10 kilometer (6.2 mi).[4][5]Hanyutan air batu bermusim di Laut Okhotsk di luar pinggir laut Hokkaidō, Jepun telah menjadi tarikan pelancong kawasan ini dengan iklim teruk,[6] dan merupakan salah satu daripada 100 Soundscape di Jepun. Laut Okhotsk ialah kawasan paling selatan di hemisfera Utara tempat air batu hanyutan mungkin dicerap.[7]Air batu hanyutan mempengaruhi:Dua sarah air batu utama ialah sarah air batu Artik dan sarah air batu Antartik. Kawasan paling penting air batu sarah ialah sarah air batu kutub terbentuk daripada air laut di kawasan kutub Bumi: sarah air batu Artik di Lautan Artik dan sarah air batu Antartik di Lautan Selatan. Sarah kutub dengan ketara mengubah saiznya semasa perubahan bermusim tahunan. Kerana amaun besar air ditambahkan kepada atau ditanggalkan daripada lautan dan atmosfera, tingkah laku sarah air batu kutub mempunyai impak ketara terhadap perubahan iklim global.

Rujukan

WikiPedia: Air_batu_hanyutan http://books.google.com/books?id=9S55O6WzuL8C&pg=P... http://video.google.com/videoplay?docid=-780082861... http://www.irbs.com/bowditch/pdf/chapt34.pdf http://travel2.nytimes.com/2006/03/14/internationa... http://imkhp7.physik.uni-karlsruhe.de/~eisatlas/ http://arctic.atmos.uiuc.edu/cryosphere/ http://southport.jpl.nasa.gov/polar/iceinfo.html http://www.arctic.noaa.gov/detect/animations/halfs... http://polar.ncep.noaa.gov/seaice http://journals.ametsoc.org/doi/full/10.1175/1520-...