Sejarah Akademi_Sweden

Bangunan Akademi Sweden di Stockholm

Akademi ini didirikan pada tahun 1786 oleh Raja Gustav III berdasarkan model Académie française dengan keanggotaan sebanyak 18 orang ahli. Moto Akademi ini ialah "Bakat dan Citarasa" (bahasa Sweden: "Snille och Smak"). Tujuan utama Akademi ini adalah untuk "menjaga, memperkasakan serta memperindahkan bahasa Sweden" ("Svenska Språkets renhet, styrka och höghet") (Walshe, 1965).

Atas tujuan ini, Akademi ini telah menerbitkan dua buah kamus:[1] kamus pertama ini adalah sebuah daftar istilah satu jilid bertajuk Svenska Akademiens ordlista (SAOL), manakala kamus yang kedua adalah sebuah kamus multi-jilid yang disunting mengikut prinsip-prinsip sama dalam Oxford English Dictionary iaitu Svenska Akademiens Ordbok (SAOB). Kamus SAOL telah mencapai edisi ke-14 manakala jilid SAOB yang pertama telah diterbitkan pada tahun 1898, di mana kerja-kerja kini telah dilakukan selewat tahun 2017 untuk penambahan perkataan yang bermula dengan huruf "V".