Akaun

Akaun merupakan media yang digunakan untuk mencatatkan maklumat berkaitan urus niaga atau transaksi kewangan yang mengakibatkan terjadinya perubahan aset, hutang, modal, pendapatan, dan beban.[1] Dalam pencatatan ini, maklumat yang terkumpul akan digolongkan berdasarkan transaksi-transaksi yang sejenis; kesemua ini akhirnyaakan digunakan sebagai dasar dalam penyusunan laporan kewangan.[2]