Penceritaan Akhilleus

Kelahiran

Akhilleus adalah anak kepada Thetis dan Peleus, raja Myrmidones. Zeus dan Poseidon sebelumnya berlumba-lumba mendapatkan izn Thetis sehingga Prometheus, pemikir utama, memperingatkan Zeus tentang suatu ramalan (yang pernah dkatakan Themis, dewi penghakiman kayangan) bahawa Thetis akan menanggung seorang anak yang lebih besar dari bapanya. Atas sebab ini, kedua tuhan menarik diri dari pengejaran mereka, dan telah mempersembahkannya Peleus.[1]

Menurut hikayat Achilleid ditulis Statius pada abad ke-1 Masihi serta sumber-sumber yang hilang, ketika Achilles dilahirkan Thetis cuba menjadikannya Akhilleus abadi sebaik sahaja dilahirkan dengan memandikan badannya di sungai Styx.[2] Akhilleus dipegang pada tumit kirinya semasa direndamkan dalam sungai ini - bahagian inilah yang menjadikannya sangat terdedah [3] Dalam suatu versi lain cerita ini, Thetis mengurapkan anaknya dengan ambrosia serta meletakkannya di atas api untuk membakar bahagian tubuh badan yang fana; namun mereka diganggu oleh Peleus sehinffa Thetis meninggalkan kedua anak-beranak itu dalam keadaan marah. [4]

Peleus mengamanahkan seekor sentora bernama Chiron dari Gunung Pelion untuk menjaga Akhilleus.[5] Sementara itu, Thetis meramalkan bahawa Akhilleus ada dua nasib iaitu sama ada anaknya itu akan mati muda tapi mulia atau menjalani kehidupan yang panjang tetapi tidak begitu menyohor. Homeros pula ada mencatat bahawa Akhilleus dibesarkan di Phthia bersama teman rapatnya Patroklos.[6]

Dalam Perang Troy dan terkorbannya dia

Terdapat banyak catatan berpincang dan berbezamengenai bagaimana Akhilleus meninggal, antaranya:[7]

  • Catatan yang terkenal dan tertua diceritakan dalam Iliad di mana tumit Akhilleus dipanah Paris, ada yang mengatakan Paris diiringi dewa Apollo. Kejadian ini turut diabadikan di mana titik lemah yang membunuh Akhilleus menjadi gambaran kepada sebarang kelemahan secara umum misalnya simpulan bahasa Inggeris Achilles' heel ("tumit Akhilleus").[8][9]