Sejarah Akrotiri_dan_Dhekelia

DhekeliaAkrotiri

Akrotiri dan Dhekelia ditubuhakan pada 1960 bersamaan dengan kemerdekaan Cyprus daripada British malalui Perjanjian Penubuhan (Treaty of Establishment). British mengambil keputusan mengekalkan pentadbiran di kawasan itu disebabkan lokasi yang strategik, iaitu terletak di timur Laut Mediterranean dan berhampiran dengan Terusan Suez dan Timur Tengah.

Apabila tentera Turki melakukan pencerobohan terhadap Cyprus pada 1974 lalu menubuhkan Republik Turki Cyprus Utara, Akrotiri dan Dhekelia tidak terbabit dalam pertempuran. Tentera Turki tidak menghampiri sempadan Pangkalan Tentera agar tidak mencetuskan perang dengan United Kingdom.