Sejarah Akupunktur

Zaman purba

Tarikh tepat akupuntur mula digunakan di China dan bagaimana ia berkembang tidak diketahui dengan jelas. Satu teori menyatakan bahawa sebahagian askar yang cedera dalam pertempuran akibat terkena anak panah dipercayai telah sembuh dari penderitaan penyakit kronik yang pada dahulunya tidak dirawat,[1] dan terdapat pelbagai versi mengenai pandangan ini.[2] Batu yang ditajamakan dan dikenali sebagai Bian shi telah ditemui di China yang mencadangkan amalan tersebut mungkin bertarikh zaman Neolitik[3] atau lebih awal lagi pada Zaman Batu.[4] Hieroglif dan piktograf yang telah dijumpai bertarikh dari zaman Dinasti Shang (1600~1100SM) menyarankan bahawa akupuntur telah diamalkan beserta moksibusti.[5] Turut dinyatakan bahawa akupuntur berasal dari pembekaman[6] atau perdukunan.[7]

Jarum-jarum akupunktur

Satu set empat jarum emas telah dijumpai dari makam Putera Jing dari Zhongshan, bertarikh sejak Dinasti Han Barat (206 B.C.E.–9 C.E.). Tiga jenis jarum berlainan digambarkan, setiap satu memiliki fungsinya yang khusus. Satu ukiran dari makam Han Timur di wilayah Shandong menunjukkan makhluk dengan kepala manusia dan tangan dan badan burung melakukan akupuntur pada pesakit yang berlutut. [8]

Rujukan

WikiPedia: Akupunktur http://books.google.ca/books?id=E6oa37ZyTxEC&pg=PA... http://books.google.ca/books?id=IuQpoxRFRiIC&pg=PA... http://books.google.ca/books?id=MJUMhEYGOKsC&pg=PA... http://books.google.ca/books?id=OaMHyVg5nNcC&print... http://books.google.ca/books?id=V5PAB4d5qmgC&pg=PA... http://books.google.ca/books?id=e2KkvlQI7sYC&pg=PA... http://aim.bmj.com/content/10/supplement/92.full.p... http://books.google.com/books?id=M4vch8pNGCMC&prin... http://books.google.com/books?id=bZjlC2LELlIC&prin... http://books.google.com/books?id=jU0JMNtGWnIC&prin...