Zaman Batu (Tulisan Jawi: زمان باتو)ialah satu tempoh
prasejarah yang luas semasa
manusia menggunakan
batu untuk membuat alat-
alat.Alat-
alat batu diperbuat daripada berbagai-bagai jenis batu. Umpamanya,
flin dan
rijang dibentuk (atau
diserpihkan) untuk digunakan sebagai
perkakas pemotongan dan
senjata, manakala
basalt dan
batu pasir digunakan untuk alat-alat
batu berasah, seperti
batu kisar.
Kayu,
tulang,
cangkerang,
tanduk rusa dan bahan-bahan lain juga digunakan secara meluas pada zaman ini. Pada akhir zaman ini,
endapan (seperti
tanah liat) telah digunakan untuk membuat
tembikar. Satu rentetan inovasi
teknologi logam mencirikan
Zaman Tembaga,
Zaman Gangsa dan
Zaman Besi yang kemudian.Zaman Batu merangkumi penerapan
teknologi pertama yang meluas dalam
evolusi manusia serta penyebaran
kemanusiaan dari
savana Afrika Timur ke bahagian-bahagian lain di
dunia. Zaman ini berakhir dengan pengembangan
pertanian,
pembelajinakan sebilangan
haiwan, dan
peleburan bijih tembaga untuk menghasilkan logam. Zaman Batu diistilahkan sebagai prasejarah kerana manusia masih belum memulakan
penulisan — permulaan
sejarah yang tradisional, iaitu
sejarah tercatat.Istilah "Zaman Batu" telah digunakan oleh ahli-ahli
arkeologi untuk menandakan zaman
pra-metalurgi yang alat-alat batunya (artifak-
artifak) jauh lebih tahan berbanding dengan alat-alat yang diperbuat daripada bahan-bahan lain (yang lebih lembut). Zaman ini ialah zaman pertama dalam
sistem tiga zaman. Dalam buku klasiknya, Zaman-zaman Prasejarah, pada tahun
1865,
John Lubbock membahagikan lagi Zaman Batu kepada tiga subzaman, iaitu zaman
Paleolitik,
Mesolitik, dan
Neolitik. Walaupun demikian, ketiga-tiga subzaman ini masih boleh dibahagikan lagi. Sebenarnya, turutan fasa-fasa amat berbeza dari satu wilayah (dan
kebudayaan arkeologi) ke satu wilayah. Sebenarnya, kemanusiaan berkembang ke bidang-bidang baru secara berterusan semasa zaman-zaman logam dan oleh itu, adalah lebih baik untuk seseorang mengatakan sesuatu Zaman Batu (
bahasa Inggeris: a ), berbanding dengan si Zaman Batu (bahasa Inggeris: the).