Organisasi Al-Ma'unah

Nama penuh organisasi tersebut ialah Persaudaraan Ilmu Dalam Al-Ma’unah ataupun disingkatkan sebagai Al-Ma’unah. Laman web organisasi tersebut[1] menerangkan bahawa Al-Ma’unah ialah sebuah pertubuhan yang terlibat dalam ilmu persilatan yang turut menggunakan tenaga dalaman dan mempelajari ilmu perubatan tradisional Islam. Kononnya "Ma’unah" bermaksud sesuatu yang amat luar biasa yang berlaku pada golongan orang Islam kebanyakan (paranormal). Pertubuhan ini dikatakan mempunyai keahlian seramai 1000 ikhwan yang berampak di Malaysia, Brunei, Singapura, Mesir dan Arab Saudi.