Al-Muhtadi
Al-Muhtadi

Al-Muhtadi

Sebahagian daripada siri berkaitan

Islam
Allah • Kitab • Malaikat • Nabi
Hari Akhirat • Qada dan Qadar
Syahadah • Solat • Puasa
Zakat • HajiMakkah • Madinah
BaitulmuqaddisAidilfitri • AidiladhaHukumAl-Quran • Sunnah • HadisSejarahGaris Masa Sejarah Islam
Khulafa al-Rasyidin
Khalifah • KhilafahTokoh IslamMuhammad
Ahlul Bait • Sahabat Nabi
MazhabAhli Sunah Waljamaah
Hanafi • Syafie
Maliki • HanbaliBudaya Dan MasyarakatAkademik • Haiwan • Seni
Takwim • Kanak-kanak
Demografi • Perayaan
Masjid • Dakwah • Falsafah
Sains • Wanita • PolitikLihat jugaKritikan • Islamofobia
GlosariAl-Muhtadi (bahasa Arab: المهتدي) (m. Jun 870) ialah khalifah Bani Abbasiyah di Baghdad dari 869 hingga 870.Setelah kematian al-Mu'tazz, orang Turki memilih sepupunya Al Muhtadi bin Al Watsiq, sebagai Khalifah baru. Diriwayatkan bahawa khalifah Al-Muhtadi adalah seorang yang tegas dan soleh berbanding beberapa orang Khalifah sebelumnya. Para sejarawan Arab menyatakan bahawa sekiranya khalifah Al-Muhtadi memegang tampuk kekuasaan lebih awal, masalah dalaman Bani Abbaisyyah dapat dipulihkan. Namun, ketika beliau menaiki takhta, ramai golongan Turki sudah berada di dalam pentadbiran Bani Abbasiyyah. Di bawah pemerintahannya, beberapa perubahan telah dilakukan oleh beliau. Gadis penghibur, para penyanyi dan pemain muzik diusir, manakala sistem kehakiman dan pengadilan dilakukan secara terbuka. Arak dan aktiviti judi dilarang. Sikap keperibadiannya mencontohi Umar ibni Abdul Aziz, khalifah Bani Umayyah, sebagai model.

Al-Muhtadi