Alan_Turing
Alan_Turing

Alan_Turing

Alan Mathison Turing (23 Jun 19127 Jun 1954) ialah ahli matematik, ahli logik, dan ahli kriptografi British. Beliau telah dianggap sebagai bapa sains komputer moden. Melalui Ujian Turing, Turing memberikan sumbangan yang penting dan provokatif kepada perdebatan kecerdasan buatan: sama ada mesin mempunyai kesedaran dan dapat memikir atau tidak. Beliau membekalkan pemformalan yang terpengaruh kepada konsep algoritma dan pengiraan melalui Mesin Turingnya, dan merumuskan versi "Turing" untuk tesis Church-Turing yang kini diterima secara meluas, iaitu mana-mana satu model pengiraan yang praktikal akan mempunyai keupayaan mesin Turing yang sama ataupun sebahagian daripadanya. Semasa Perang Dunia II, Turing bertugas di Bletchley Park yang merupakan pusat pemecahan tulisan rahsia dan untuk sejangka masa, juga merupakan ketua Hut 8, iaitu bahagian yang bertanggungjawab kepada pemecahan tulisan rahsia tentera laut Jerman. Beliau mereka beberapa teknik untuk memecah tulisan rahsia Jerman, termasuknya kaedah bombe, melalui sebuah mesin elektromekanik yang dapat mencari pengesetan mesin Enigma. Selepas peperangan, Turing telah bertugas di Makmal Fizik Negara ("National Physical Laboratory") dan mereka mesin ACE, yang merupakan salah satu rekaan-rekaan awal untuk komputer yang dapat menyimpan atur cara. Pada tahun 1948, Turing menyertai Makmal Komputeran Max Newman di Victoria Universiti Manchester, di mana beliau membantu membina komputer Manchester dan mula berminat di dalam bidang biologi matematik. Dia telah menulis satu tesis yang bertumpu kepada kimia asas morfogenesis dan meramalkan reaksi kimia ayunan seperti reaksi Belousov–Zhabotinsky, yang pertama kali diperhatikan pada tahun 1960-an. Pada tahun 1952, Turing telah didakwa atas kesalahan homoseksual, yang pada ketika itu dianggap sebagai perlakuan jenayah. Beliau menerima hukuman pengasian secara kimia, sebagai pilihan alternatif kepada hukuman penjara. Turing meninggal dunia pada tahun 1954, 16 hari sebelum hari jadinya, dari keracunan sianida. Sebuah inkues mendapati bahawa kematian beliau merupakan tindakan bunuh diri berdasarkan bukti yang dijumpai (selaras dengan kematian keracunan secara tidak sengaja). Pada tahun 2009, berikutan satu kempen internet, Perdana Menteri Britiain, Gordon Brown membuat kenyataan maaf secara terbuka bagi pihak kerajaan British atas layanan mereka terhadap Turing pada masa itu. Raja Permaisuri England II telah menganugerahkan keampunan kepada beliau pada tahun 2013, setelah beberapa dekad kematiannya.

Alan_Turing

Lahir Alan Mathison Turing
(1912-06-23)23 Jun 1912
Maida Vale, London, England
Dikenali kerana
Tesis Systems of Logic Based on Ordinals (1938)
Kerakyatan United Kingdom
Anugerah
Bidang Matematik, kriptanalisis, logik, sains komputer, matematik dan teori biologi
Pelajar kedoktoran Robin Gandy[1]
Meninggal dunia 7 Jun 1954(1954-06-07) (umur 41)
Wilmslow, Cheshire, England
Warganegara Inggeris
Pendidikan Sherborne School
Penasihat kedoktoran Alonzo Church[1]
Institusi
Pusat pendidikan
Kediaman Wilmslow, Cheshire, England